Creative Media, Design, Photography and other related things.

Personalie

Wednesday 3 April 2013

Sabah :: Kundasang


Tatkala jari jemari menaip entry ini, aku tidak lagi berada di bumi Sabah. Entry ini adalah sedikit terlewat dek kerana kebzan hingga idok berkesempatan untuk hapdate =). Entry ini juga adalah caca merba, berkecamuk dan bercampuraduk. Trip ke Sabah adalah lebih kurang 3 minggu yang lalu, iaitu selama 3 hari 2 malam. kami menggunakan khidmat travel ejen iaitu mountaintrailstours. Jikalau ada pape soalan yang nak diajukan, korang bole go tru www.mountaintrailstours.com sebab kalo korang tanya aku, idok la dapat aku menjawabnya kerana trip ini diuruskan oleh mem beso a.k.a my lubely mommy =). Namun, kalo korang nak tyer aku jugak, maka terpaksalah aku merujuk dengan pn mommy. =)  *yang lebih pakar dan arif* hehe....
Ekceli, trip ini pada awalnya hanya la melibatkan geng-geng opis pn mommy, keberadaan aku di situ idok lain idok bukan hanyalah sekadar menyibuk..ohhh ...cik yuyun !! walaubagaimanapun, terima kasihlah kepada airasia.com sebab selalu memberi tambang murah, mengadakan pomosi untuk orang-orang sepertiku untuk turut sama melancong sambil-sambil melencong . haha...akhirnya, setelah 28 tahun, dapat juga haku menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu <SABAH>. Sesampainya di Sabah, kami terus di bawa ke kundasang.. wowwww...speechless !!sebab tershangat-shangatlah cantik scenery di sini ...superb !! ala.. cakap banyak pun talak guna lioww, jom layan gambar...hehe




Kundasang :: * puncak Gunung Kinabalu, Subhanallah tersangatlah cantik, dulu, waktu di Universiti pernah memasang angan-angan untuk mendaki gunung kinabalu, sekarang..mampu tengok je..huhu. puncak gunung ni dapat tengok terus dari resort


* tempat kitorg bermalam..Kinabalu Pine Resort (KPR) ni tershangat la cantek..bole nmpk terus puncak gunung from this resort


* bilik kitorg...menyesal x snap gmbau dlm bilik tu


* feeling obersea jap; tempat dalam KPR ni wt aku feeling cm kt obersea je..haha



aktiviti hari pertama hanyalah di sekitar resort tempat kami menginap..almaklumla, sampai da lewat. jadi idok berkesempatan untuk poie ke mana-mana. jadi perjalanan hari kedua kami dimulakan di kundasang war memorial..sila la nikmati gambau yang idok seberapa ini..chewah..haha, malas nak hupload bebanyak !! =)




* perjalanan di teruskan ke Poring Hot Spring; tarikan utamanya adalah kolam air panas dan canopy walkway yang terletak kira-kira 400 m atas paras laut dan panjangnya 100 m.



* Desa Cattle Sabah, sekali lagi membuatku terasa seperti di oversea...memang sakai dan jakun aku ni . haha


* gunung kinabalu, tak sempat pergi ke kaki gunung kinabalu pun,hanya di entrance je..huhu, sebab time tu da lewat dan kitorang ada satu tempat lagi nk p, jd sang tourist guide hanya bebel sket-sket je pasal tempat ni, korang le tgk kinabalu international climbathon kat gambau atas, aku mcm terkagum jap, nak naik 30 ploh anak tangga pun semput..cenggane nak panjat gunung ni within 45 second ? * tarik napas 40 kali *

::destinasi terakhir untuk hari ini::


*dalam perjalanan balik ke kota kinabalu, kami singgah di rumah terbalik..nak masuk dalam ni kena bayar seploh hengget. apa yang uniknya adalah semua peralatan dalam umah ni terbalik kecuali air cond... memula, aku ingat ada sejarah di sebalik "keterbalikan" rumah ni, tetapi ghupenyer rumah terbalik ni dibuat hanyalah sebagai tarikan pelancong semata


ok...habis entry senapas aku di kundasang !! watammat...eh, belum..bakal disusuli entry di kota kinabalu...nak datang lagi kundasang ?? haruslaaaa.....hekhek =)


0 comments: