Creative Media, Design, Photography and other related things.

Personalie

Tuesday, 25 December 2012

Tammat entry di bandung


Da basi kot citer aku di bandung ni. Arghh...tak kira, aku kena habiskan jugak citer aku. Ok, hari keempat merangkap hari terakhir di bandung. Tak banyak pun aktiviti hari terakhir ni sebab kitorg akan berangkat pulang ke bomi Malaysia 2.00pm waktu indonesia. Jadi waktu pagi tu aku n da geng hanyalah menemani shabatku angel mencari aksesori untuk keretanya. model kereta adalah morris minor. Kete lama ni, dan susah nak dapat di Malaysia (kawan aku yang cakap hoke..bukan aku)..huhu..sebab kawan aku yang sebelum ni pun beli aksesori ni kat bandung. Jadi kitaorg pun ikut je (sebab tak tau lagi nak g mana). nasibla Mas ganteng kitorg tu sabar je melayan karenah kitorg nak mencari kedai yang jual aksesori kereta ni. pusing punya pusing, cari punya cari...idok kejumpaan juger akhirnya. tapi kat sini aku tgk mcm bnyak bengkel yang repair kete-kete lama tu. maybe diorang senang dapat spare part kot. ntahla, aku buat andaian sdiri jer..hahaha...jadi cik angel, sila jangan putus asa dulu, kita boleh datang sini lagi cari aksesori kereta hang tu. *alasan aku nak datang sini lagi* haha. oh...kawan aku tu memang peminat tegar kereta-kereta lama ni. kalo korang nak tau apakebentuk kereta morris minor ni, silalah bertanya pada abang google..malu bertanya sesat jalan ok!!!

Dek kerana misi mencari aksesori kereta adalah gagal, maka kitorang pun menuju ke pasar baru again (semalam tak sempat sopping habis * Kunun*). kali ni kitorang serbu je pasar baru tu sebab da tahu tempat yang nak dituju. barang yang dicari adalah kain lace dan baju sulam..ok, misi berjaya..boleh senyum sampai telinga !! da dapat apa yang dicari terus col mas ganteng untuk dibawa terus ke epot. sampai je kat epot kitorg terus wrapping bag and check in. kat epot ni kena bayar cukai sebanyak 75,000rp. jadi korang jangan habiskan duit rupiah korang untuk soping je..korang kena simpan sket untuk cukai kat epot nanti ok!!
Da check in , terus masuk ke ruangan menunggu. Tunggu punya tunggu, ghupenyer flight ke kl adalah delay. huh !! 5 jam ok delay...jenuh den menunggu, tapi korang jangan risau sekiranya korang ada connecting flight yang lain, tiket korang takkan hangus cmtu je. korang boleh berhubung dengan pekerja-pekerja air asia yang ada kat situ untuk tukar tiket korang. no extra charge !! dunt worry * baiknyer hati air asia..kalo cakap cmni, agak-agak air asia nak bagi tiket pree x? * haha

ok..aku bagi contoh la senang....

Pada hari tersebut aku jugak ada satu lagi flight ke terengganu at 8.00 pm waktu mesia. jadi disebabkan flight adalah delay pada waktu itu, jadi aku terpaksa meminta pertolongan dr krew air asia untuk menukar tiket ke terengganu pada keesokkan harinya, pergh ...nasib dapat..alhamdulillah...kalo tak aku mungkin terpaksa duk tepi jalan sambil selak kain tahan kereta yang lalu-lalang untuk membawaku pulang ke terengganu (*sila jangan percaya*)haha..

***akhirnya, kami tiba di bumi Malaysia at 1.00am waktu Malaysia***

mauk kepergian lagi ke bandung ??? mauk mauk mauk maukk maukk!!!

Sunday, 16 December 2012

Hari ketiga di bandung

ok..da masuk hari ketiga. di entry sebelum ni aku da cakap..duit rupiahku da habis...jadi gimana dong mau bersopingan lagi? sebelum aku sampai ke bandung ni, kawan aku pernah pesan tak perlu tukar duit banyak sangat kat Malaysia, sebab nanti kat bandung pun boleh tukar...jadi aku pun datang la ke indon dengan berbekalkan sedikit duit rp dan sedikit duit Rm. Makanya...pada entry sebelum ni aku da citer duit Rupiah da habis..adalah hamat sedih jika aku tak bole soping lagi...sob seb sob seb. Time tu money changer agak jauh. jadi mas ganteng telah membawa kami pergi ke maybank (eh..kt indon diorang panggil BII ke apa..cmtu la lebih kurang..haku tak hengat-faktor usia ok!!) haha, lagipun kawan aku takde duit Rm time tu. jadi tanpa membuang masa kitorang pergi la maybank. Dengan kompiden nyer aku masukkan kad nak kuarkan duit..ternyata percubaan gagal...kan aku dah cakap aku ni jakun dan sakai 1st time poie indon. Mood pada waktu tu adalah idok keruan...waaaaa !!! rupa-rupanya korang kena tukar kad rimau (maybank) tu untuk pengeluaran duit di indon..eh, maksud aku janganlah korang p buat kad rimau baru di indon plak..korang just call customer service maybank cakap nak wat pengeluaran duit di indon. nanti dia akan tukar format (format ek? ntahlah..hikss) kad korang tu nanti samada untuk sementara atau kekal. ataupun korang boleh tukar siap-siap sebelum keberangkatan ke indonesia. aku kan belajar dari pengalaman..kalo tak rugi la iollsss, uollss idok dapat soping...hahahaha

Destinasi pertama

Destinasi pertama untuk hari ketiga adalah di pasar baru. Hoh !!! hamik korang..pasar ni ada 7 tingkat..patutlah, ada orang leh spend masa 1 day kat sini....perghh banyak la duit rp yang bakal mengalir keluar kat sini..menci? suka? korang tentukan...haha. sebelum kami ke pasar baru mas ganteng ada gtau yang dia ada kawan yang tau selok belok pasar baru ni. maksudnya, korang boleh tuju terus kat barang-barang yang korang nak beli. da jimat la masa kat situ, boleh je senanya kalo korang taknak pakai guide pun..terpulang pada korang (tepuk dada, tanya selera) keje kawan dia tu memang bwk pelancong yang nak menghabiskan duit di sini..upah? bole bagi ikut keikhlasan hati korang. oh..sebelum tu, pasar ni bukak pukul 9 pagi. Disebabkan mood mau bersopingan adalah setinggi gunung everest, makanya..kami telah sampai ngam-ngam pkul 9..gila gigih..haha. kawan pada mas ganteng kitorg da siap-siap tunggu kitorg di level 7, pasar baru..perghh yang ini lagi ganteng dong..kitorg terpaku menatap wajahnya sambil air liur becucuran di bibir (ok..ni aku tipu). Tujuan asal ke sini adalah untuk membeli kain sulam kerana kami adalah peminat tegar tahap sawan terhadap kain sulam. jadi mas guide tersebut terus bawa kami ke tingkat D1, ternyata memang banyak kain sulam kat tingkat tersebut. tinggal nak pilih je..huhu. awas yer, korang perlu sentiasa berhati-hati dengan beg/purse korang. aku rs lagi elok korang pakai sling beg, sebab aku rasa lebih selamat. Tak lama kitorg kat pasar baru ni..dalam pukul 2 camtu kitorg da habis bersopingan di sini ( da habis duit senanya) hahaha...eh, sebelum tu, kitorg makan tengahari kat sini..rasa? bolehlah..not bad (perut da lapo)

Destinasi Kedua

Seterusnya, tempat yang kami tuju adalah toko tiga. toko tiga ni ada menjual original jeans. *mata kembali bling-bling***buka dompet, Rp da nipis* huwaaa....alang-alang da sampai sini kitorang sempat merembat beberapa helai seluar jeans levis dan tshirt..mood: shangat gembira sambil mengalirkan air mata...haha. korang jangan riso sebab kt toko tiga ni ada surau jadi korang boleh solat kat sini..almaklumlah tadi kt pasar baru idok berkesempatan solat (*alasan..huh!!) soping-soping jugak ..solat jangan lupa yer dek non !! ok habis citer di toko tiga..merembes tak air liur korang weh? haha..*pasan je haku ni, xda orang pun nk jeles kalo stakat seluar jeans 2..huwaaa..nanges sambil tumbuk dada mas ganteng...apakah?

Destinasi terakhir 

* destinasi terakhir pada hari ini hanyalah dihabiskan di factory outlet..hekhek, sekian !!!


Thursday, 13 December 2012

hari ke dua di bandung

Destinasi pertama

ok..hari kedua di bandung. Perjalanan kami dimulakan seawal jam 8 pagi. Destinasi pertama yang kami tuju adalah tangkuban perahu. oh ye..Tangkuban perahu adalah salah satu tempat yang korang wajib pergi sekiranya datang ke bandung. Istimewanya tangkuban perahu ini adalah disebabkan oleh tarikan gunung berapinya. Tiket masuk ke sini adalah sebanyak 50,000 Rp (Rupiah) seorang yang bersamaan lebih kurang rm 18 hengget duit Malaysia ( da tulis Rm sah-sah la duit Malaysia kan !!). 50,000 rp yang dibayar adalah tidak termasuk caj kereta yer. Caj kereta yang dikenakan adalah sebanyak 15,000 Rp .Maksudnya kalo 4 orang yang pergi (50,000 rp x 4) + 15,000 Rp = 215,000 Rp..ni caj yang dikenakan time kitorg la..x tau la korang cmne. Pemandangan yang terdapat di sini adalah SUBHANALLAH tersangat lah cantik. Ramai je peniaga-peniaga yang berniaga kat sini. Awal-awal lagi "mas ganteng" a.k.a Pak supir kami dah pesan..kalo tak nak beli jangan tawar. Maksudnya, kalo korang da tawar sehabis mungkin tu korang kena la beli dan kalo korang tak nak beli cakap je kat peniaga-peniaga tu yang korang da beli (ni untuk peniaga yang berniaga bukan di gerai yang disediakan) itu adalah pesanan awal yang disampaikan oleh pak supir. eh...eh... kalo tak silap aku, kalo korang nak turun ke bawah, maksudnya korang boleh lihat kawah tu dgn lebih dekat korang kena bayar lagi tau..yang tu aku x bpe pasti sbb kitorg hanya meninjau pemandangan dari atas je..kalo aku tersilap korang tolong betulkan ek !! thnks !! kat sini jugak aku n da geng telah berjaya soping beberapa helai t shirt tangkuban perahu dan beberapa helai cardigan yang tersangat lah cantik ( di mata dan poketku la) dan jauh lebih murah harganya berbanding Malaysia. Pendek kata hobi aku ialah shopping...jadi dimana-mana sahaja aku mesti soping...argghh..tensi vs mata kelip-kelip...hahaha. Korang jangan pelik sekiranya ada orang yang sanggup jadi photographer untuk korang. ikut je ke mana korang pergi, amik gambar dalam pelbagai posisi..terpulang pada korang, pastu korang bagi la tip sket kat photographer korang 2...Sampai mcm tu sekali diorang berusaha untuk cari duit...jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.... =). Time aku pergi tu tersangatlah ramai orang, tapi aku rasa kitaorang agak bernasib baik kerana sempat merakamkan beberapa keping gambar sebagai kenangan peribadi di sana. elok je time kitorg nak balik around 11.00 am tu kabus da mula menyelubungi kawasan tangkuban perahu. jadi kalo korang amik gambar time tu korang mesti akan kelihatan seperti hantu di sebalik asap. hahahha (ntahla...andaian aku je)


**chantekk kan? cuaca kat atas ni plak sejuk je..


**kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan cenderahati 



Destinasi kedua

ok...habis citer kat tangkuban perahu, destinasi kedua adalah strawberry farm. x banyak citer kat sini..korang tau kenape? sebab...sebab...sebab...kitorang hanya masuk sampai kat pintu depan dia je (*tutup muka...malu) haha...time tu kitorang nampak tak banyak buah yang dapat dipetik, jadi tanpa membuang masa kitorg bagitau pak supir tempat ni tak best..hahaha. eh korang jangan risau, kalo korang rasa kempunan tahap gaban nak sangat makan strawberry tu banyak je orang jual sama ada di tangkuban perahu ataupun kat strawberry farm ni....harga? *tidak ku tahu* gambar? *tidak ada* ekekeke.....

Destinasi ketiga

destinasi seterusnya adalah ke kampung daun. wah !!! cantik bangat tempat ni dong !! tujuan ke sini adalah untuk makan tengahari. korang jangan lupa datang ke sini kalo ke bandung..tempatnya tenang dan cantik bangat dong !! walaupun kami terpaksa menunggu agak lama untuk mengisi perut yang sedang bernyanyi pilu itooo, namun suasana sekeliling yang sangat redup, selesa, santai dan nyaman itoo membuatkan kami terlupa akan perut yang berkeroncong mintak nasi tu..hahahah...sambil-sambil korang lepak-lepak tunggu makanan yang diorder, korang boleh jenjalan menuju ke air terjun yang terdapat di kg. daun ni. korang jangan tanya aku cenggane rupa air terjun tu, kitorang hanya dimaklumkan oleh mas ganteng ada air terjun kat sini, tapi kitorang tak pergi pun..sebab time tu perut dah tersangat lah lapar, kaki pun da letih..jadi bior jelah...da dapat makanan terus makan tak toleh depan belakang lagi da...santap terus !!

Destinasi terakhir

Destinasi terakhir kami adalah di rumah mode. ha...kat sini korang kena spend duit banyak-banyak untuk soping..sebab kat sini korang boleh dapatkan pelbagai barang branded dengan harga yang murah...eh, mesin basuh ke, peti ais takde dijual kat sini ( mentang-mentang aku ckp brg branded..Huhh !! dasar nak yang murah je korang ni kan ..opss ) . kalo baju memang murah la beli kat sini..apa yang perlu korang buat bawak je duit banyak-banyak..tapi jangan habiskan semua kat sini yer..sebab masih banyak lagi factory outlet yang ada kat bandung ni. aku? sempat rembat beberapa helai baju kat sini yang seterusnya memaksa kami ke money changer..waaaaa, aku da kopak !! sob seb sob seb

***ok sekarang hati da senang, duit da habis banyak, nampaknya, perut kembali berkeroncong.(perut perbandaran memang cmni..lapooorr je sokmo) haha...sebab dalam kepala otak ni da terbayang katil je, jadi kitorg mls nk mkn kat kedai, kami request kat mas ganteng bwk kami g dominno pizza to take away..alkisahh

sampai je kat hotel terus makan dan buat taik mata !! jumpa esok dengan entry soping lagi...haiyakkkkk !!

Wednesday, 12 December 2012

Hari pertama di Bandung



ok..kali ni nk cerita psl 1st day kat bandung, kami selamat sampai di epot bandung pada pukul 4.15 waktu indonesia (untuk makluman waktu Indonesia adalah kurang sejam dari waktu Malaysia..maksudnya kalo kat Indonesia jam 4.15 pm makanya di Malaysia adalah pukul 5.15pm..gitu la kekdahnya). kedatangan kami telah disambut oleh Pak supir yang telah siap-siap tunggu kitorg dengan memegang tag nama...hahaha..lupa nak snap gambar time ni. Ganteng sekali pak supirnya dong !!! hahaha...tapi da kawen yep...kih3. owh..kalo korang tertanya-tanya cmna nak dapatkan perkhidmatan atau kemudahan pengangkutan, korang boleh rujuk entry aku sebelum ni . Kami kemudiannya terus dibawa ke factory outlet di jalan dago. eh...sampai-sampai terus shoping yer...ok, sebenarnya kami menunggu ketibaan salah seorang sahabat kami dari medan. flightnya adalah sedikit lambat. Boliau dijangkakan tiba pada jam 6.15 petang. jadi sementara menunggu nak amik boliau kami request pada pak supir untuk g shopping

Cik Yuyun & da geng : Mas. (*sambil mata kelip-kelip) hahaha.....boleh tak kalo kita pergi soping dulu
sebab nanti kita kena datang epot balik.... ada lagi sorang yang akan tiba dari medan.

Mas ganteng : eh, tak nak pergi hotel dulu ke ? makan-makan dulu ker? (dalam dialek indonesia)

Cik Yuyun & da Geng : Tak pa la Mas..kita pergi soping terus, nanti pas amik yang sorang lagi tu baru kita g makan dan check in hotel

Mas Ganteng : Ok

 *** korang nampak tak betapa gigih nya kitorang kalo bab-bab soping ni....terus perut tak lapar...

tepat jam 6.15 pm kami tiba di epot untuk menjemput ketibaan sahabat kami tersebut, tetapi malangnya...apabila flight boliau telah delay dan telah menyebabkan kami keterpaksaan  menunggu boliau till 6.55 pm.. Lalu kami sedikit tewas dengan hasutan syaitan yang telah menitipkan sedikit api kemarahan dalam hati kami kerana boliau tidak memaklumkan kelewatan tersebut..hahaha (ohhh..sila jangan percaya)... tak timbul pun perasaan marah kami pada boliau kerana kasih sayang kami terlalu tinggi pada boliau...puiiiiii..hak tuihhh..hahaha. Ala biasa la kalo flight ni lambat sket daripada waktu yang dijadualkan. "sabar itu kan sebahagian daripada iman".

lepas je amik sahabat kami itoo..kitorg pun terus je menuju ke kedai makan yang berhampiran hotel. lepas je makan terus check in hotel dan jerentuhss ( tido)... Jadi tak banyak yang dapat aku coretkan untuk hari pertama di bandung akibat kekangan waktu...hari pertama hanyalah dihabiskan untuk shopping di factory outlet. taip punyalah panjang...kecian korang terpaksa baca entry hari pertama aku ni...padahalnya yilekk..haha

Monday, 10 December 2012

Pertama kali ke bandung

sekembalinya dr bandung indonesia....chewah...ekceli ni 1st time aku menjejakkan kaki ke bumi indonesia, sebenarnya aku sdiri tak pernah plan untuk bercuti ke indonesia..padahal plan awal adalah ke langkawi, tetapi memandangkan pada waktu dan ketika itu Air asia ada buat pomosi, jd tanpa membuang masa aku terus mengrojer kengkawan aku untuk sama membuang duit di sana...hahaha. pergi ke bandung adalah tersangat la fun pada aku. Memandangkan aku ni terlalulah jakun dan sakai nak pergi ke sana, jadi aku telah bertanya kepada abang google beberapa maklumat sebelum ke sana. Antaranya , hotel, pak supir dan tempat-tempat yang syokkk di sana. kalo korang ada niat ataupun bercadang nak ke sana, silalah bertanya pada abang google (ni untuk orang yang 1st time pergi) ...hehe. selain itu, aku turut bertanya pada kengkawan yang telah atau pernah menjejakkan kaki ke sana (wah...ayat macam karangan 350 patah perkataan) ..hahaha, ok..kami berada di sana adalah selama 4 hari 3 malam. kami menginap di hotel unik (bajet ekonomi) ..pengangkutan pula adalah menggunakan toyota avanza..eh, cakap banyak pun x guna, korang boleh layari laman web http://www.setiawantransport.com/ (hotel & pengangkutan) untuk lebih detail. harga yang ditawarkan adalah berpatutan ok !!!!

P/s : da lama entry ni terperam dalam draft...taip-taip pastu delete....haha, x hbs lagi citer aku ni...tunggguuuu!! (eh cik yuyun..ko igt ko retis ???) hahaha...arghhh..dulikk !!! lalala

Saturday, 1 December 2012

Bila Malam


Di keheningan malam
Termenung ku berseorang
 :: Tak lena mata dipejam ::

Malam-malam cenggini..tetibe teringat semua kenangan silam..chewahh...hahaha

Antara benda yang aku rindu nak buat ngan kengkawan :
  1. Ronggeng-ronggeng ngan angel, yati, wak, mek roh..
  2. Pergi TF
  3. Makan kt kedai bawah pokok di waktu hening pagi
  4. Bercanda di Sg. Samak dan Kalumpang...Ewahh, bercanda kununnya
  5. Makan nasi Lemak karim
  6. Main daun terup bodoh tu dengan Kak wan, Kak ira, yati, Mek Roh, Angel...hahahahha
  7. Laksa kak yana 
*waaaa...ak rindu dengan semua benda tu*