Creative Media, Design, Photography and other related things.

Personalie

Thursday, 13 December 2012

hari ke dua di bandung

Destinasi pertama

ok..hari kedua di bandung. Perjalanan kami dimulakan seawal jam 8 pagi. Destinasi pertama yang kami tuju adalah tangkuban perahu. oh ye..Tangkuban perahu adalah salah satu tempat yang korang wajib pergi sekiranya datang ke bandung. Istimewanya tangkuban perahu ini adalah disebabkan oleh tarikan gunung berapinya. Tiket masuk ke sini adalah sebanyak 50,000 Rp (Rupiah) seorang yang bersamaan lebih kurang rm 18 hengget duit Malaysia ( da tulis Rm sah-sah la duit Malaysia kan !!). 50,000 rp yang dibayar adalah tidak termasuk caj kereta yer. Caj kereta yang dikenakan adalah sebanyak 15,000 Rp .Maksudnya kalo 4 orang yang pergi (50,000 rp x 4) + 15,000 Rp = 215,000 Rp..ni caj yang dikenakan time kitorg la..x tau la korang cmne. Pemandangan yang terdapat di sini adalah SUBHANALLAH tersangat lah cantik. Ramai je peniaga-peniaga yang berniaga kat sini. Awal-awal lagi "mas ganteng" a.k.a Pak supir kami dah pesan..kalo tak nak beli jangan tawar. Maksudnya, kalo korang da tawar sehabis mungkin tu korang kena la beli dan kalo korang tak nak beli cakap je kat peniaga-peniaga tu yang korang da beli (ni untuk peniaga yang berniaga bukan di gerai yang disediakan) itu adalah pesanan awal yang disampaikan oleh pak supir. eh...eh... kalo tak silap aku, kalo korang nak turun ke bawah, maksudnya korang boleh lihat kawah tu dgn lebih dekat korang kena bayar lagi tau..yang tu aku x bpe pasti sbb kitorg hanya meninjau pemandangan dari atas je..kalo aku tersilap korang tolong betulkan ek !! thnks !! kat sini jugak aku n da geng telah berjaya soping beberapa helai t shirt tangkuban perahu dan beberapa helai cardigan yang tersangat lah cantik ( di mata dan poketku la) dan jauh lebih murah harganya berbanding Malaysia. Pendek kata hobi aku ialah shopping...jadi dimana-mana sahaja aku mesti soping...argghh..tensi vs mata kelip-kelip...hahaha. Korang jangan pelik sekiranya ada orang yang sanggup jadi photographer untuk korang. ikut je ke mana korang pergi, amik gambar dalam pelbagai posisi..terpulang pada korang, pastu korang bagi la tip sket kat photographer korang 2...Sampai mcm tu sekali diorang berusaha untuk cari duit...jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.... =). Time aku pergi tu tersangatlah ramai orang, tapi aku rasa kitaorang agak bernasib baik kerana sempat merakamkan beberapa keping gambar sebagai kenangan peribadi di sana. elok je time kitorg nak balik around 11.00 am tu kabus da mula menyelubungi kawasan tangkuban perahu. jadi kalo korang amik gambar time tu korang mesti akan kelihatan seperti hantu di sebalik asap. hahahha (ntahla...andaian aku je)


**chantekk kan? cuaca kat atas ni plak sejuk je..


**kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan cenderahati 



Destinasi kedua

ok...habis citer kat tangkuban perahu, destinasi kedua adalah strawberry farm. x banyak citer kat sini..korang tau kenape? sebab...sebab...sebab...kitorang hanya masuk sampai kat pintu depan dia je (*tutup muka...malu) haha...time tu kitorang nampak tak banyak buah yang dapat dipetik, jadi tanpa membuang masa kitorg bagitau pak supir tempat ni tak best..hahaha. eh korang jangan risau, kalo korang rasa kempunan tahap gaban nak sangat makan strawberry tu banyak je orang jual sama ada di tangkuban perahu ataupun kat strawberry farm ni....harga? *tidak ku tahu* gambar? *tidak ada* ekekeke.....

Destinasi ketiga

destinasi seterusnya adalah ke kampung daun. wah !!! cantik bangat tempat ni dong !! tujuan ke sini adalah untuk makan tengahari. korang jangan lupa datang ke sini kalo ke bandung..tempatnya tenang dan cantik bangat dong !! walaupun kami terpaksa menunggu agak lama untuk mengisi perut yang sedang bernyanyi pilu itooo, namun suasana sekeliling yang sangat redup, selesa, santai dan nyaman itoo membuatkan kami terlupa akan perut yang berkeroncong mintak nasi tu..hahahah...sambil-sambil korang lepak-lepak tunggu makanan yang diorder, korang boleh jenjalan menuju ke air terjun yang terdapat di kg. daun ni. korang jangan tanya aku cenggane rupa air terjun tu, kitorang hanya dimaklumkan oleh mas ganteng ada air terjun kat sini, tapi kitorang tak pergi pun..sebab time tu perut dah tersangat lah lapar, kaki pun da letih..jadi bior jelah...da dapat makanan terus makan tak toleh depan belakang lagi da...santap terus !!

Destinasi terakhir

Destinasi terakhir kami adalah di rumah mode. ha...kat sini korang kena spend duit banyak-banyak untuk soping..sebab kat sini korang boleh dapatkan pelbagai barang branded dengan harga yang murah...eh, mesin basuh ke, peti ais takde dijual kat sini ( mentang-mentang aku ckp brg branded..Huhh !! dasar nak yang murah je korang ni kan ..opss ) . kalo baju memang murah la beli kat sini..apa yang perlu korang buat bawak je duit banyak-banyak..tapi jangan habiskan semua kat sini yer..sebab masih banyak lagi factory outlet yang ada kat bandung ni. aku? sempat rembat beberapa helai baju kat sini yang seterusnya memaksa kami ke money changer..waaaaa, aku da kopak !! sob seb sob seb

***ok sekarang hati da senang, duit da habis banyak, nampaknya, perut kembali berkeroncong.(perut perbandaran memang cmni..lapooorr je sokmo) haha...sebab dalam kepala otak ni da terbayang katil je, jadi kitorg mls nk mkn kat kedai, kami request kat mas ganteng bwk kami g dominno pizza to take away..alkisahh

sampai je kat hotel terus makan dan buat taik mata !! jumpa esok dengan entry soping lagi...haiyakkkkk !!

0 comments: