Creative Media, Design, Photography and other related things.

Personalie

Sunday, 16 December 2012

Hari ketiga di bandung

ok..da masuk hari ketiga. di entry sebelum ni aku da cakap..duit rupiahku da habis...jadi gimana dong mau bersopingan lagi? sebelum aku sampai ke bandung ni, kawan aku pernah pesan tak perlu tukar duit banyak sangat kat Malaysia, sebab nanti kat bandung pun boleh tukar...jadi aku pun datang la ke indon dengan berbekalkan sedikit duit rp dan sedikit duit Rm. Makanya...pada entry sebelum ni aku da citer duit Rupiah da habis..adalah hamat sedih jika aku tak bole soping lagi...sob seb sob seb. Time tu money changer agak jauh. jadi mas ganteng telah membawa kami pergi ke maybank (eh..kt indon diorang panggil BII ke apa..cmtu la lebih kurang..haku tak hengat-faktor usia ok!!) haha, lagipun kawan aku takde duit Rm time tu. jadi tanpa membuang masa kitorang pergi la maybank. Dengan kompiden nyer aku masukkan kad nak kuarkan duit..ternyata percubaan gagal...kan aku dah cakap aku ni jakun dan sakai 1st time poie indon. Mood pada waktu tu adalah idok keruan...waaaaa !!! rupa-rupanya korang kena tukar kad rimau (maybank) tu untuk pengeluaran duit di indon..eh, maksud aku janganlah korang p buat kad rimau baru di indon plak..korang just call customer service maybank cakap nak wat pengeluaran duit di indon. nanti dia akan tukar format (format ek? ntahlah..hikss) kad korang tu nanti samada untuk sementara atau kekal. ataupun korang boleh tukar siap-siap sebelum keberangkatan ke indonesia. aku kan belajar dari pengalaman..kalo tak rugi la iollsss, uollss idok dapat soping...hahahaha

Destinasi pertama

Destinasi pertama untuk hari ketiga adalah di pasar baru. Hoh !!! hamik korang..pasar ni ada 7 tingkat..patutlah, ada orang leh spend masa 1 day kat sini....perghh banyak la duit rp yang bakal mengalir keluar kat sini..menci? suka? korang tentukan...haha. sebelum kami ke pasar baru mas ganteng ada gtau yang dia ada kawan yang tau selok belok pasar baru ni. maksudnya, korang boleh tuju terus kat barang-barang yang korang nak beli. da jimat la masa kat situ, boleh je senanya kalo korang taknak pakai guide pun..terpulang pada korang (tepuk dada, tanya selera) keje kawan dia tu memang bwk pelancong yang nak menghabiskan duit di sini..upah? bole bagi ikut keikhlasan hati korang. oh..sebelum tu, pasar ni bukak pukul 9 pagi. Disebabkan mood mau bersopingan adalah setinggi gunung everest, makanya..kami telah sampai ngam-ngam pkul 9..gila gigih..haha. kawan pada mas ganteng kitorg da siap-siap tunggu kitorg di level 7, pasar baru..perghh yang ini lagi ganteng dong..kitorg terpaku menatap wajahnya sambil air liur becucuran di bibir (ok..ni aku tipu). Tujuan asal ke sini adalah untuk membeli kain sulam kerana kami adalah peminat tegar tahap sawan terhadap kain sulam. jadi mas guide tersebut terus bawa kami ke tingkat D1, ternyata memang banyak kain sulam kat tingkat tersebut. tinggal nak pilih je..huhu. awas yer, korang perlu sentiasa berhati-hati dengan beg/purse korang. aku rs lagi elok korang pakai sling beg, sebab aku rasa lebih selamat. Tak lama kitorg kat pasar baru ni..dalam pukul 2 camtu kitorg da habis bersopingan di sini ( da habis duit senanya) hahaha...eh, sebelum tu, kitorg makan tengahari kat sini..rasa? bolehlah..not bad (perut da lapo)

Destinasi Kedua

Seterusnya, tempat yang kami tuju adalah toko tiga. toko tiga ni ada menjual original jeans. *mata kembali bling-bling***buka dompet, Rp da nipis* huwaaa....alang-alang da sampai sini kitorang sempat merembat beberapa helai seluar jeans levis dan tshirt..mood: shangat gembira sambil mengalirkan air mata...haha. korang jangan riso sebab kt toko tiga ni ada surau jadi korang boleh solat kat sini..almaklumlah tadi kt pasar baru idok berkesempatan solat (*alasan..huh!!) soping-soping jugak ..solat jangan lupa yer dek non !! ok habis citer di toko tiga..merembes tak air liur korang weh? haha..*pasan je haku ni, xda orang pun nk jeles kalo stakat seluar jeans 2..huwaaa..nanges sambil tumbuk dada mas ganteng...apakah?

Destinasi terakhir 

* destinasi terakhir pada hari ini hanyalah dihabiskan di factory outlet..hekhek, sekian !!!


0 comments: